Mr. Tony give Tonik

Selesai sudah posting aku sebelum ini serba sedikit sejarah arsenal… post kali ini aku nk cter plok ttg gossip gunners setakat nie….


"I don't think Arsene's players realise what an unbelievable chance they have of winning the title.They should have been dead and buried a long time ago but Chelsea and United have let them back into it several times and now we are the business end of the season they can win it."- Mr Arsenal, Tony Adams.


Petikan diatas adalah dari Tony Adams lagenda Arsenal. Suatu ketika dulu dia jugak salah saeorang yang tersilap dalam membuat andaian. masih ingat lagi bagaimana dia memberitahu Arsenal tak mungkin sign si Mael,tambahnya lagi dia belum bersedia untuk physical battle BPL. Kini, Tony Adams sendiri dengan rendah diri mengakui Verminator adalah player of the season buat Arsenal.



"Sol is what you would call a 'big unit' and I think he needs to play games to maintain his match fitness because you kind of think that if he stops he will struggle. He is playing alongside Vermaelen -- who for me is the Arsenal player of the season -- and the balance is right, and better than with Mikael Silvestre in that position."



Dan seperti katanya lagi, pasukan Arsenal kini rata2 muda tapi tidak kurang pengalaman.Hanya Clichy dan Campbell sahaja yang pernah merasai berada dalam pasukan yang muncul juara. Tapi aku ingin menambah sedikit Abang Tony, jangan lupa Silvestre jugak ada 4 pingat kejuaraan yang diperoleh bersama United. Jadi pengalaman2 macam inilah yang perlu dikongsi bersama dan penting dalam dressing room, sama penting seperti watak Eboue sabagai penceria pasukan. Masih hangat lagi tentang build up pertemuan dengan Barcelona yang Cesc sendiri walaupun excited tapi lebih rela mengurangkan tekanan. Fabregas enggan terbawak2 dengan mengatakan dia dan rakan2 akan layan Barca sama seperti pasukan lain. Bagus jugak tu kerana jika terlalu hormat atau gementar, lain pulak jadinya.. Henry pulak yang bersunggguh2 mahu mengelak bertemu Arsenal nampaknya terpaksa menerima kenyataan drama dalam bola sepak sering berlaku.Dengarnya dia akan mengakhiri kerjaya di Nou Camp akhir musim ini sebelum mengikut jejak bintang2 otai makan angin cari rezeki di MLS. Digosipkan dengan New York Red Bulls, ini mungkin peluang untuk dia mengintai2 come back di Arsenal seperti yang pernah di lakukan Beckham dan Donovan di January. Ini hanya spekulasi dan sembang kopi janda janda sajer.. haha

Stadium of Arsenal

(highbury)


(Emirates)


Stadium Arsenal, lebih dikenali sebagai Highbury, adalah rumah kepada Arsenal dari September 1913 hingga 7 Mei 2006. Stadium yang asal telah dibina oleh seorang arkitek bola sepak yang terkemuka Archibald Leitch, dan mempunyai rekaan serupa dengan kebanyakan padang-padang bola sepak di UK pada masa itu, dengan satu kawasan tempat duduk berbumbung dan tiga kawasan tempat duduk tidak berbumbung yang bertingkat. Pada tahun 1930-an, keseluruhan stadium telah diubahsuai secara besar-besaran,dengan pembinaan tempat duduk Art Deco Timur dan Barat yang serba baru, and bumbung-bumbungnya telah ditambah kepada teres-teres North Bank dan Clock End. Pada kemuncak, Highbury boleh diisi sebanyak 60,000 penonton, dan sudah mempunyai kapaciti 57,000 sehingga awal 1990s. Peraturan-peraturan Laporan Taylor dan Liga Perdana telah memaksa Arsenal untuk menukarkan Highbury kepada keseluruhan tempat duduk dalam tahun 1992, mengurangkan kapasiti kepada 38,500; Kapasiti ini terpaksa dikurangkan lebih lagi semasa perlawanan-perlawanan Liga Juara-Juara untuk menampung penambahan papan iklan. Penambahan ini juga telah dihadkan kerana tempat duduk timur telah dirangka menjadi Senarai Bangunan Gred II dan bantahan daripada penduduk rumah yang sangat hampir dengan tiga tempat duduk lain stadium berkenaan.


More about Gunners

(Mercu pertama Arsenal dari 1888)



(Logo Arsenal dari tahun 1949 to 2002)


Mercu Arsenal Diraja pertama, didedahkan pada tahun 1888, mengandungi tiga meriam dilihat dari atas, menghala ke utara, menyerupai mercu Borough of Woolwich. Meriam ini kadangkala disalah tafsir sebagai serombong asap, tetapi kewujudan ukiran kepala singa dan sebiji lada di setiap meriam adalah petanda jelas yang mereka adalah meriam. Pada tahun 1922, kelab ini telah menggunakan mercu satu meriam buat pertama kalinya, mengandungi sebuah meriam yang menghala ke timur. Mercu ini hanaya digunakan sehingga tahun 1925 di mana meriam itu dihala ke arah barat pula selepas itu, tongnya dikecilkan dan nama gelaran kelab ini, "The Gunners", telah ditatah dikiri mercu ini. Pada tahun 1949, kelab ini telah mendedahkan mercu yang telah dimodenkan yang nengandungi gaya meriam yang serupa, nama kelab dalam tulisan blackletter di atas meriam, dan sebuah gulungan yang diukir dengan moto Latin baru, "Victoria Concordia Cresit" (yang bermaksud "kemenangan hasil harmoni"). Buat pertama kalinya, mercu ini diberi warna- merah, hijau, dan emas - yang sedikit bervariasi semenjak kewujudan mercu tersebut.

Disebabkan pelbagai rujukan ke atas mercu ini, Arsenal tidak mampu untuk memberi hakcipta; meskipun kelab itu telah berjaya mendaftarkan mercu itu sebagai trademark, dan telah berbalah (dan memenangi) sebuah perbicaraan dengan seorang peniaga tempatan yang menjual barangan-barangan 'tidak rasmi' Arsenal, Arsenal mencari perlindungan undang-undang yang lebih melengkapi. Maka, pada tahun 2002 mereka memperkenalkan mercu baru yang mangandungi garisan-garisan lengkung moden dan gaya yang ringkas, yang mana boleh dihakciptakan. Meriam tersebut sekali lagi menghala ke timur dan nama kelab ditulis dalam tulisan sans-serif yang tersendiri di atas meriam itu. Hijau telah digantikan dengan biru gelap. Mercu baru in menerima respons yang pelbagai daripada para penyokong, denagn sesetengah daripada mereka mengatakan yang mercu ini telah mengabaikan sejarah dan tradisi Arsenal dengan rekaan moden yang radikal, dan penyokong kelab tidak diajak berbincang secara serius berhubungan dengan isu ini.

History of Arsenal

Arsenal ditubuhkan pada awalnya dengan nama Dial Square pada tahun 1886 oleh pekerja-pekerja di Royal Arsenal yang terletak di Woolwich, tetapi ditukar namanya kepada Royal Arsenal sejurus selepas itu. Mereka menukar nama mereka sekali lagi kepada Woolwich Arsenal selepas menjadi profesional pada tahun 1891. Kelab ini menyertai liga Football League pada tahun 1893, bermula dengan liga Second Division, dan berjaya naik ke liga First Division pada tahun 1904. Akan tetapi, kedudukan geografi kelab ini yang terpinggir menyebabkan kadar kehadiran penontonnya kurang berbanding dengan kelab-kelab lain, seterusnya menyebabkan kelab ini dibebani dengan masalah-masalah kewangan. Pada tahun 1913, selepas jatuh semula ke Divisi Kedua, mereka berpindah menyeberangi Sungai Thames ke stadium baru Arsenal di Highbury, North London. Mereka memadamkan "Woolwich" daripada nama mereka pada tahun berikutnya. Arsenal hanya menamatkan saingan di tangga kelima pada tahun 1919, tetapi dipilih semula untuk menyertai Divisi Pertama dan menyebabkan musuh tradisi mereka Tottenham Hotspur terpaksa menuruni divisi, dengan cara yang dilaporkan agak diragui.
Pada tahun 1925, Arsenal telah melantik Herbert Chapman sebagai pengurus pasukan. Chapman telah memenangi liga dengan Huddersfield Town pada tahun 1924 dan 1925, dan beliau telah membawa Arsenal kepada fasa pertama ke arah kegemilangan. Beliau telah merevolusikan taktik dan sistem latihan, bersama-sama dengan pemain-pemain terkemuka seperti Alex James dan Cliff Bastin, meletakkan asas kepada dominasi kelab tersebut dalam bolasepak Inggers pada tahun 1930-an. Antara tahun 1930 and 1938, Arsenal telah menjuarai Divisi Pertama sebanyak lima kali dan piala FA Cup dua kali, meskipun Chapman tidak sempat untuk melihat pencapaian ini kerana beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat penyakit radang paru-paru pada tahun 1934. Sebagai tambahan, Chapman telah dilaporkan telah mengepalai penamaan semula stesen tempatan London Underground dari "Gillespie Road" kepada "Arsenal" pada tahun 1932, menjadikan stesen itu sebagai satu-satunya stesen Tube yang dinamakan sempena sebuah kelab bolasepak.
Berikutan dengan pengantungan bolasepak profesional Inggeris semasa World War II, Arsenal telah menjuarai liga pada tahun 1948 dan 1953 dan piala FA Cup pada tahun 1950. Bagaimanapun, nasib mereka mulai berubah; gagal untuk menarik pemain-pemain berkaliber seperti pemain-pemain pada zaman 30-an, kelab ini telah menghabiskan zaman 1950-an and 1960-an mereka dalam keadaan kekeringan trofi. Hinggakan bekas England kapten Billy Wright pun tidak mampu untuk membawa kejayaan kepada kelab ini sebagai pengurus.
Era kegemilangan Arsenal's kedua bermula dengan perlantikan mengejutkan ahli fisioterapi kelab itu, iaitu Bertie Mee sebagai pengurus pada tahun 1966. Selepas tewas dalam dua perlawanan akhir piala League Cup,mereka telah memenangi piala Inter-Cities Fairs Cup, piala Eropah mereka yang pertama pada tahun 1970. Ini diikuti degan kejayaan yang lebih membanggakan: kejayaan berganda pertama untuk merangkul juara liga dan piala FA pada tahun 1971. Bagaimanapun, dekad-dekad yang berikutnya telah dicirikan sebagai siri-siri yang hampir menang. Arsenal berkedudukan sebagai naib johan Divisi Pertama pada tahun 1973, tewas dalam tiga perlawanan akhir piala FA (1972, 1978 and 1980) dan tewas dalam perlawanan akhir piala Cup Winners' Cup atas sepakan penalti pada tahun 1980. Kejayaan tunggal kelab ini pada era ini adalah piala FA pada tahun 1979, dengan kemenangan 3-2 di saat-saat akhir perlawanan ke atas Manchester United yang hingga kini dianggap sebagai klasik.
Kepulangan bekas pemain George Graham sebagai pengurus pada tahun 1986 telah membawa kepada sesi kegemilangan yang ketiga. Arsenal telah menjuarai piala League Cup pada tahun 1987, dalam musim pertama Graham memegang jawatan pengurus. Ini diikuti dengan sebuah kejuaraan liga pada tahun 1989, yang dimenangi dengan sebuah gol di minit terakhir perlawanan menentang pencabar kejuaraan Liverpool dalam perlawan terakhir musim tersebut. Arsenal dibawah bimbingan Graham telah memenangi sebuah lagi kejuaraan liga pada tahun 1991, dengan tewas hanya satu perlawanan, memenangi piala berganda FA Cup dan League Cup pada tahun 1993 dan trofi Eropah kedua mereka, piala Cup Winners' Cup, pada tahun 1994. Akan tetapi, reputasi Graham tercalar apabila didedahkan bahawa beliau telah menerima rasuah daripada ejen Rune Hauge kerana telah membeli pemain-pemain tertentu, dan beliau dipecat pada tahun 1995. Pengganti beliau, Bruce Rioch, hanya bertahan selama semusim sahaja, meninggalkan kelab itu selepas bertelagah mengenai isu dana perpindahan pemain.
Punca utama kejayaan kelab ini di akhir 1990-an dan 2000-an adalah disebabkan perlantikan pengurus Arsène Wenger pada tahun 1996. Wenger memperkenalkan taktik-taktik serba baru, rejim latihan yang baru dan beberapa pemain-pemain luar negara yang melengkapi bakat pemain-pemain Inggeris yang sedia ada. Arsenal telah memenangi kemenangan berganda liga dan piala untuk kali keduanya pada tahun 1998 dan kali ketiga pada tahun 2002. Sebagai tambahan, kelab ini telah mara ke perlawanan akhir piala UEFA Cup 2000 (tewas penalti kepada Galatasaray), menjuarai piala FA Cup pada tahun 2003 dan 2005, dan menjuarai liga Premier League 2004 tanpa tewas dalam sebarang perlawanan, yang menyebabkan mereka digelar dengan gelaran "The Invincibles";keseluruhannya, kelab ini telah menempuhi 49 perlawanan liga tanpa kalah, sebuah Rekod negara England. Arsenal telah menghabiskan saingan liga samada di tangga pertama atau kedua dalam lapan daripada sepuluh musim Wenger berada di kelab itu, dan mereka adalah salah satu daripada empat pasukan (bersama-sama dengan Manchester United, Blackburn Rovers dan Chelsea) yang telah memenangi liga Premier League semenjak penubuhannya pada tahun 1993. Sehingga baru-baru ini, Arsenal tidak pernah layak ke peringkat separuh akhir kejohanan Champions League; bagaimanapun dalam 2005-06, mereka telah mara ke perlawanan akhir (di mana mereka menetang Barcelona pada May 17, 2006), menjadikan mereka kelab London yang pertama untuk berbuat sedemikian dalam lima puluh tahun sejarah kejohanan ini. Arsenal dikurangkan kepada sepuluh pemain di awal perlawanan, dengan penjaga gol Lehmann di buang padang akibat menjatuhkan Samuel Eto'o dipinggir luar kawasan beliau. Sungguhpun begitu, mereka mendahului 1-0, melalui Sol Campbell, tetapi Barcelona bangkit kembali dengan gol-gol daripada Eto'o dan Belletti untuk memenangi perlawanan itu


(Pemain-pemain dan penyokong-penyokong Arsenal meraikan kejuaraan Liga 2004 mereka dengan sebuah perarakan bas tidak berbumbung)

Something about.......

Arsene Wenger(Pengurus Arsenal)


Arsenal F.C. (dikenali sebagai Arsenal atau The Gunners) ialah kelab bola sepak profesional England yang berpusat di utara London. Mereka bermain di dalam Liga Perdana Inggeris dan menjadi kelab yang paling berjaya di dalam sejarah bola sepak Inggeris. Arsenal telah memenangi tiga belas Divisyen Pertama dan kejuaraan Liga Perdana, sepuluh Piala FA dan telah sampai ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama dalam sejarah mereka semasa 2005-06, yang mana mereka telah tewas 1-2 kepada FC Barcelona.

Arsenal telah diasaskan di Woolwich, tenggara London, dalam tahun 1886, tetapi dalam tahun 1913 mereka telah berpindah ke utara merentasi bandaraya itu ke Stadium Arsenal, Highbury, yang mana menjadi rumah mereka sehingga bulan Mei 2006. Dalam bulan Julai 2006 kelab tersebut berpindah Stadium Emirates bertempat duduk 60,000 di Ashburton Grove yang berhampiran. Arsenal mempunyai satu sejarah permusuhan yang panjang dengan jiran Tottenham Hotspur, yang hanya terletak empat batu sahaja di Tottenham, yang mana mereka bermain dalam perlawanan pertembungan London utara.
Arsenal ialah ahli kepada kumpulan G-14 yang terdiri daripada kelab-kelab terkemuka Eropah, sebaris dengan kelab-kelab Barcelona, AC Milan and Manchester United.

Arsenal F.C.
Fail:Arsenal FC.svg
Nama penuh Arsenal Football Club
Gelaran The Gunners
Ditubuhkan 1886 as Dial Square
Lokasi Stadium Emirates
(Kapasiti 60,355[1])
Pengerusi Peter Hill-Wood
Pengurus Arsène Wenger
Liga Liga Perdana Inggeris 2007–08 ke-3






(Arsenal Squad)

Menuju Puncak

Satu lagi petanda calon juara! Dan satu lagi sebab mengapa menonton Arsenal, anda tidak akan rasa mengantuk atau bosan biarpun di awal pagi walaupun di atas kertas ia seakan sepatutnya disudahkan dengan awal tapi dengan beberapa detik2 cemas dan penting perlawanan, match tersebut tiba2 membuatkan darah kita berderau.
Arsenal memilih jalan sukar untuk memastikan 3 mata terus dikumpul, melonjakkan kita ke tangga teratas liga.Pertama kali selepas 68 perlawanan Arsenal beraksi dengan 10 orang apabila Mael dibuang padang akibat foul last man,rekod fair play Arsenal tamat di situ dan jugak rekod Mael untuk start kesemua 38 game liga berkecai. Namun cerita yang penting di sini adalah kemenangan , 3 mata, apa yang akan dilakukan Wenger untuk perlawanan selepas ini adalah persoalan lain. Fabregas dan Song tersenarai dalam kesebelasan utama tetapi yang mengejutkan adalah kehadiran Denilson kerana mungkin Wenger memiliki taktik lain.dan ternyata kemasukan denilson memberikan kesan apabila gandingannya dgn bendtner telah menghasilkan gol awal buat arsenal….
Melihat kepada persembahan dan gol awal, malam itu Arsenal macam boleh ratah West Ham, namun gol kedua yang dicari tak kunjung tiba.Beberapa peluang tidaklah sangat menguji kehijauan Green dengan cross Eboue lambat disambar Arshavin, itulah yang paling hampir untuk kita menggandakan gol.Selepas itu, Arsenal seakan2 bersahaja.Lebih merisaukan, West Ham jugak hampir2 mempunyai peluang dengan free kick. Arsenal seakan2 lena dan kelalaian dihukum di minit2 terakhir separuh masa pertama.Vermaelen terperangkap dengan lambungan dan lantunan bola menjadikan dia 2nd best dalam pergelutan dengan Franco yang begitu mudah terjatuh….Ref tiada pilihan lain selain memberi sepakan penalti begitu jugak dengan kad merah akibat peraturan pemain terakhir yang menghalang jaringan gol. Walaubagaimanapun, malam itu adalah malam bagi Almunia apabila dengan layangan badan berjaya menepis bola penallti tersebut untuk memastikan namaya jugak diingati bulan May nanti sebagai antara penyumbang titik tolak kebangkitan cabaran Arsenal musim ini.


(Vermaelen)


Memikirkan apa yang akan dilakukan oleh Wenger pada separuh masa kedua, pertukaran tidak sewenang2nya dilakukan. Wenger memilih untuk memberi kepercayaan dengan Song diturunkan memberi perlindungan lebih mendalam kepada Campbell, Eboue dan Clichy. Bendi kelihatan isolated di atas sebelum dibawak keluar digantikan dengan Abou Diaby. Arshavin mengambil posisi lone striker. Kemasukan Diaby memberi dimensi berbeza dan nyata memberi sedikit suntikan kepada bahagian tengah Arsenal.Walaupun ditugaskan untuk duduk diam menjadi bonzer bersama Denilson, kaki panjangnya tak pernah duduk diam dengan bermacam2 skill dan interception yan cukup cemerlang. West Ham cuba mencari ruang2 sempit untuk ditembusi tapi paling hampir adalah sepakan Cole yang terkena tiang membuatkan Almunia menjerit kelegaan.
Arsenal adalah raja gol2 lewat terutama tempoh 15 minit terakhir.Malam ini Arsenal mengukuhkan lagi statistik. Wenger tau, satu gol sahaja lagi cukup untuk pemain2 berasa selamat, jadi taktikalnya menjadi daripada gandingan Eboue dan Fabregas berjaya mendapatkan sepakan penalti apabila kuisan kapten Fabregas terkena tangan kapten West Ham yang jugak bekas pemain Arsenal, Mat Upson.Fabregas dengan slumber mengajar Diamanti 'How to score a penalty for dummies' menjadikan gol peribadinya yang ke 15 dalam saingan liga musim ini.
Eduardo dimasukkan menggantikan Arshavin yang jelas kepenatan tapi sayang, beliau masih lagi belum mendapat gol yang dicarinya.Aku percaya masanya pulak akan tiba setelah 2 pemain yang sering menjadi kritikan, step up menjadi watak penting malam tersebut dalam Almunia dan Denilson.Siapa tahu,mungkin St Andrews adalah tempat untuk Eduardo kembali 'hidup'.

Inilah dia ciri2 juara.Jika kita hampa sekalipun tidak mampu mencapai hadiah utama di akhirnya, kita perlu berbangga dengan detik2 macam ini yang nyata memberikan inspirasi.Tidak perlu malu atau hampa selagi perjuangan dan usaha yang ditunjukkan adalah world class dan cukup bermaruah. Perjalanan Roller Coaster yang mencabar lebih menarik bukan dari landasan yang mendatar dan boleh dijangka destinasinya.Lagi 7 stesen, paling kurang pun kita menamatkan cabaran ini dengan keadaan yang selamat tanpa pening2 lalat mahupun muntah hijau!
Sekian………





"Arsenal vs Barcelona"




Undian Campions League live yang telah dibuat beberapa hari lepas sangat mengejutkan. The Gunners diundi menentang Barcelona….. Kali terakhir mereka berjumpa adalah ketika final 2006 yang mane semua sedia maklum detik2 bersejarah dan keperitan malam tersebut.. Ketika itu, Henry mengetuai Arsenal di Stade de France tapi kini Henry bakal kembali sebagai lagenda Arsenal yang berjuang untuk Barcelona……

satu lagi point yang membuatkan mengapa perlawanan ini begitu sangat istimewa.

Satu peristiwa yang menarik bakal berlaku di Emirates 31/3 ini selaku tuan rumah pertama. Diapit di celah2 game antara Birmingham dan Wolves bermakna Arsenal perlu berhati2.Wenger perlu memastikan taktikal dan selection bagi 2 minggu yang padat itu tepat.




Quarter-Final draw:

Lyon v Bordeaux
Bayern Munich v Manchester United
Arsenal v Barcelona
Inter Milan v CSKA Moscow

Semi-Final draw:
Bayern Munich or Manchester United v Lyon or Bordeaux
Inter Milan or CSKA Moscow v Arsenal or Barcelona

watch out Gunners

Sekarang ini tinggal lagi 8 game liga dan 8 pasukan terakhir yang bersaing untuk Champions league. Mulakan dengan liga. West Ham, Birmingham, Wolves, Spurs, Wigan, Mancis, Blackburn dan Fulham. Arsenal nampaknya mempunyai perlawanan paling mudah setakat ini. Tapi tidak bagi ku…..

Selepas ini arsenal akan bertemu west ham di emirates.Arsenal perlu tumpukan pada Arsenal sahaja tanpa mengambil pedulik apa jua keputusan di venue lain, kerana pencapaian akan datang hasil daripada result yang diberikan. Kemudian, Birmingham menjadi medan Eduardo menguji ketahanan mental, Wolves serigala yang kalau salah dilayan boleh jadi macam hull city musim lepas, Spurs plok…pertemuan yang penuh tradisi, nostalgic yang semuanya berakhir dengan senyuman 10 tahun lamanya berpihak di Arsenal.Betemu Wigan pulak bukan calang2, baru2 ini menewaskan Liverpool. Mancis, sedap untuk membuktikan duit bukan segalanya. Blackburn, samseng2 Big Sam pastinya bersiap sedia untuk memberi ujian fizikal kepada Arsenal dengan ideologi 'Patah dan menang'.Fulham pulak mampu meng'spoil'kan hari terakhir Arsenal jika tidak berhati2.

Jadi siapa kata mudah? Dengan selitan match2 penting quarter final UCL dan mungkin Semi UCL, pemain2 perlu memberikan 200% manakala penyokong perlu berdiri serapat2nya di belakang Cesc dan rakan2…. He2

arsenal vs hull




Assalamualaikum
Aku mnta maaf ler coz lmbt post match ni.. biase la buzy skt.. he2
Perlawanan hull dan gunners ni sbnrnye bru je lps beberpe mgu..
ape2 pon...tahniah buat pasukan arsenal.kemenangan 2-1 adalah result yang agak bagus untuk game menentang pasukan hull di stadium dorang..cuma..persembahan tu agak kurang meyakinkan...

Awal permainan..nampak agak seimbang dan guners berjaya meresap tekanan crucial period tu..satu gol yang agak cantik dari Arshavin..tapi sayang..ape kan daya..satu gol saje dari beliau pada malam itu. Tetapi, lebih kurang 15 minit selepas itu, hull mendapat sepakan penalty dan telah disempurnakan dengan baik oleh bullard….


Masuk second half, perlawanan seakan-akan berkesudahan seri, tetapi kemasukan Walcott dan Eduardo yang ditukarkan dengan eboue dan nasri memberi sedikit harapan kepada gunners. Akhirnya.. gol yang dicari-cari muncul apabila bendi muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan arsenal pada malam itu pada minit ke-90..

ape2 pon..tahniah gunners..lagi 3 mata berharga...peace...Come on Gunners..







arsenal buru gelaran UCL

Pada post kali ini, aku nk crita ckt la psl perjalanan arsenal setakat ini. he2.... first sekali pasal champions league.. Arsenal melangkah bergaya apabila telah membenam Porto di Emirates Stadium. Hatrick drpd bendi, world class goal dari Nasri, counter attack arsenal dari Eboue dan yang paling penting clean sheet!.... Campbell mendapat sambutan hebat dek kerana home debutnya di emirates tapi nampak agak sedikit off dalam beberapa situasi pada mulanya.. Namun lama-kelamaan gandingannya dengan vermaelen yang begitu mantap Campbell mendapa sambutan hebat dek kerana home debutnya di Emirates tapi nampak agak sedikit off dalam beberapa situasi pada mulanya.Namun lama kelamaan gandingannya dengan Mael yang begitu mantap .
Goal away di porto oleh campbell sudah cukup untuk arsenal memulakan perlawanan dengan baik di emirates.. Tapi, arshavin dan bendi serta rakan2 tidak hiraukan semua itu,bermain seperti biasa,tanpa tekanan dan gol tersebut pasti akan datang. Akhirnya, tamat separuh masa pertama kedua2 pemain tersebut telah menghadiahkan dua gol untuk memberi kelegaan kepada mereka.
Separuh masa kedua, Arsenal agak drop sdikit pd 15 mnt prtama,Porto mula mengasak dan mencuba dari segenap sudut.. tapi xde pun yg boleh menggelabahkan almunia.. Selepas itu, eboue dimasukkan pengganti kepada rosicky untuk memberi keseimbangan defend dan attack..
Tak lama selepas itu, segalanya serba menjadi buat arsenal apabila Nasri membuat jaringan world class yang sgt menarik...nasri mempedayakan 3 pemain porto di celah2 ruang sempit sebelum meledakkan tendangan peluru dari sudut yang sangat sukar..
Tak sampai 2 minit dari gol Nasri tendangan sudut Porto berjaya dikeluarkan tak silap aku oleh Clichy, Arshavin mengutip bola dari arah kiri, mara ke depan menunggu timing yang baik sebelum melepaskan kepada Eboue . Pemain yang kini kembali menjadi kesayangan ramai menggelecek keeper sebelum menolak bola dengan kaki kirinya, siapa cakap Eboue tak boleh buat macam tu.huhu.
Tahniah kepada gunners kerana berjaya ke suku akhir...


-------------Almunia-----------------
Sagna-----Campbell--Mael------Clichy
--------------Song------------------
---------Diaby-----Nasri------------
----Walcott----Bendi----Arshavin-----

Sub: Rosicky Eduardo Eboue





just for introduction.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua fellow gunners dan sekalian pembaca blog ini....tujuan aku menulis blog ini adalah untuk menceritakan tentang salah satu kelab bolasepak yang paling aku minati sekarang iaitu Arsenal...
just about arsenal.....
Dalam blog ini aku akan cerita semua tentang arsenal samada keadaan player,manager, perjalanan arsenal, stadium and so on.
kalu ada masa aku akan post serba sedikit tentang sejarah the Gunners.
buat masa ini, inilah saje aku dapat post
nama dah introduction
cerita skt sdh la... hahaha

tgu lah nti aku post aku yg seterusnya..
Hope you enjoy!!!

BBC sport