Menuju Puncak

Satu lagi petanda calon juara! Dan satu lagi sebab mengapa menonton Arsenal, anda tidak akan rasa mengantuk atau bosan biarpun di awal pagi walaupun di atas kertas ia seakan sepatutnya disudahkan dengan awal tapi dengan beberapa detik2 cemas dan penting perlawanan, match tersebut tiba2 membuatkan darah kita berderau.
Arsenal memilih jalan sukar untuk memastikan 3 mata terus dikumpul, melonjakkan kita ke tangga teratas liga.Pertama kali selepas 68 perlawanan Arsenal beraksi dengan 10 orang apabila Mael dibuang padang akibat foul last man,rekod fair play Arsenal tamat di situ dan jugak rekod Mael untuk start kesemua 38 game liga berkecai. Namun cerita yang penting di sini adalah kemenangan , 3 mata, apa yang akan dilakukan Wenger untuk perlawanan selepas ini adalah persoalan lain. Fabregas dan Song tersenarai dalam kesebelasan utama tetapi yang mengejutkan adalah kehadiran Denilson kerana mungkin Wenger memiliki taktik lain.dan ternyata kemasukan denilson memberikan kesan apabila gandingannya dgn bendtner telah menghasilkan gol awal buat arsenal….
Melihat kepada persembahan dan gol awal, malam itu Arsenal macam boleh ratah West Ham, namun gol kedua yang dicari tak kunjung tiba.Beberapa peluang tidaklah sangat menguji kehijauan Green dengan cross Eboue lambat disambar Arshavin, itulah yang paling hampir untuk kita menggandakan gol.Selepas itu, Arsenal seakan2 bersahaja.Lebih merisaukan, West Ham jugak hampir2 mempunyai peluang dengan free kick. Arsenal seakan2 lena dan kelalaian dihukum di minit2 terakhir separuh masa pertama.Vermaelen terperangkap dengan lambungan dan lantunan bola menjadikan dia 2nd best dalam pergelutan dengan Franco yang begitu mudah terjatuh….Ref tiada pilihan lain selain memberi sepakan penalti begitu jugak dengan kad merah akibat peraturan pemain terakhir yang menghalang jaringan gol. Walaubagaimanapun, malam itu adalah malam bagi Almunia apabila dengan layangan badan berjaya menepis bola penallti tersebut untuk memastikan namaya jugak diingati bulan May nanti sebagai antara penyumbang titik tolak kebangkitan cabaran Arsenal musim ini.


(Vermaelen)


Memikirkan apa yang akan dilakukan oleh Wenger pada separuh masa kedua, pertukaran tidak sewenang2nya dilakukan. Wenger memilih untuk memberi kepercayaan dengan Song diturunkan memberi perlindungan lebih mendalam kepada Campbell, Eboue dan Clichy. Bendi kelihatan isolated di atas sebelum dibawak keluar digantikan dengan Abou Diaby. Arshavin mengambil posisi lone striker. Kemasukan Diaby memberi dimensi berbeza dan nyata memberi sedikit suntikan kepada bahagian tengah Arsenal.Walaupun ditugaskan untuk duduk diam menjadi bonzer bersama Denilson, kaki panjangnya tak pernah duduk diam dengan bermacam2 skill dan interception yan cukup cemerlang. West Ham cuba mencari ruang2 sempit untuk ditembusi tapi paling hampir adalah sepakan Cole yang terkena tiang membuatkan Almunia menjerit kelegaan.
Arsenal adalah raja gol2 lewat terutama tempoh 15 minit terakhir.Malam ini Arsenal mengukuhkan lagi statistik. Wenger tau, satu gol sahaja lagi cukup untuk pemain2 berasa selamat, jadi taktikalnya menjadi daripada gandingan Eboue dan Fabregas berjaya mendapatkan sepakan penalti apabila kuisan kapten Fabregas terkena tangan kapten West Ham yang jugak bekas pemain Arsenal, Mat Upson.Fabregas dengan slumber mengajar Diamanti 'How to score a penalty for dummies' menjadikan gol peribadinya yang ke 15 dalam saingan liga musim ini.
Eduardo dimasukkan menggantikan Arshavin yang jelas kepenatan tapi sayang, beliau masih lagi belum mendapat gol yang dicarinya.Aku percaya masanya pulak akan tiba setelah 2 pemain yang sering menjadi kritikan, step up menjadi watak penting malam tersebut dalam Almunia dan Denilson.Siapa tahu,mungkin St Andrews adalah tempat untuk Eduardo kembali 'hidup'.

Inilah dia ciri2 juara.Jika kita hampa sekalipun tidak mampu mencapai hadiah utama di akhirnya, kita perlu berbangga dengan detik2 macam ini yang nyata memberikan inspirasi.Tidak perlu malu atau hampa selagi perjuangan dan usaha yang ditunjukkan adalah world class dan cukup bermaruah. Perjalanan Roller Coaster yang mencabar lebih menarik bukan dari landasan yang mendatar dan boleh dijangka destinasinya.Lagi 7 stesen, paling kurang pun kita menamatkan cabaran ini dengan keadaan yang selamat tanpa pening2 lalat mahupun muntah hijau!
Sekian………





0 comments:

Post a Comment

BBC sport